Soalan 1:
Terangkan mengapa kaedah radioterapi digunakan untuk mengawal atau menghentikan pertumbuhan sel kanser.
Jawapan:
Radioterapi (RT) ialah satu kaedah rawatan yang digunakan dalam merawat penyakit kanser. Kaedah ini menggunakan radiasi mengion bertenaga tinggi untuk membunuh sel kanser. Pemberian dos tinggi ditujukan kepada sasaran (tumor) untuk menyembuh, mengawal atau mengurangkan simptom-simptom yang dialami. Walau bagaimanapun, bahagian badan yang berdekatan juga akan terkena sinaran radiasi yang boleh mengakibatkan kesan sampingan.

Soalan 2:
Keadaan tak disjunksi dalam manusia boleh menyebabkan penyakit genetik seperti sindrom Down. Nyatakan bilangan kromosom dan ciri-ciri yang terdapat pada individu sindrom Down.
Jawapan:
Individu sindrom Down mempunyai 47 kromosom. Sindrom ini boleh menyebabkan kerencatan mental, mata sepet dan lidah sedikit terjelir.