Praktis Formatif 7.2 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 7


Soalan 1:
Nyatakan maksud respirasi aerob.

Jawapan:
Respirasi aerob ialah proses penguraian glukosa dalam kehadiran oksigen untuk menghasilkan tenaga kimia.

Soalan 2:
Cadangkan substrat lain selain daripada glukosa yang boleh digunakan oleh sel untuk respirasi sel.

Jawapan:
Fruktosa, galaktosa

Soalan 3:
Nyatakan persamaan perkataan bagi respirasi aerob.

Jawapan:
Glukosa + oksigen → Karbon dioksida + air + tenaga

Soalan 4:
Huraikan proses-proses yang berlaku dalam respirasi aerob untuk menghasilkan tenag

Jawapan:
Penguraian gula (proses glikolisis) berlaku di dalam sitoplasma. Glukosa (6-karbon) diuraikan menjadi dua molekul piruvat (3-karbon). Dalam peringkat seterusnya, piruvat akan dioksidakan melalui satu siri tindak balas untuk menghasilkan karbon dioksida, air dan tenaga. Peringkat ini berlaku di dalam mitokondrion.

Leave a Comment