Soalan 1:
Nyatakan ciri penyesuaian struktur respirasi manusia.
Jawapan:
• Bilangan alveolus yang banyak menyediakan luas permukaan peresapan gas yang besar.
• Lapisan dalam alveolus sentiasa lembap untuk memudahkan gas respirasi larut.
• Alveolus dilingkari jaringan kapilari darah yang banyak untuk mempercepatkan peresapan gas respirasi.
• Dinding alveolus nipis setebal satu sel untuk peresapan gas yang mudah.

Soalan 2:
Terangkan bagaimana kulit katak disesuaikan untuk pertukaran gas yang cekap.
Jawapan:
Kulit katak adalah nipis, sentiasa lembap dan kaya dengan jaringan kapilari darah.

Soalan 3:
Nyatakan ciri-ciri trakeol yang membantu pertukaran gas respirasi dalam serangga.
Jawapan:
• Bilangan trakeol yang banyak menyediakan luas permukaan yang besar untuk pertukaran gas.
• Setiap sel di dalam badan serangga dibekalkan dengan satu trakeol.
• Dinding trakeol nipis dan lembap.
• Hujung trakeol berdinding telap dan mengandungi bendalir yang membantu gas respirasi larut dan meresap keluar dan ke dalam permukaan respirasi.

Soalan 4:
Ramalkan apa yang akan berlaku kepada ikan yang insangnya terkoyak akibat tersangkut pada jaring.
Jawapan:
Insang yang rosak mengurangkan jumlah luas permukaan untuk pertukaran gas yang efisien. Ikan berkemungkinan mati akibat kekurangan oksigen.