Soalan 1:
Nyatakan kepentingan proses pencernaan bagi manusia.
Jawapan:
Makanan yang dimakan oleh manusia adalah dalam bentuk molekul yang besar dan kompleks. Makanan ini perlu dicernakan kepada bentuk yang lebih kecil dan ringkas agar dapat diserap ke dalam salur darah dan dihantar ke sel-sel badan.

Soalan 2:
Namakan struktur yang terlibat dalam salur alimentari untuk pencernaan makanan
Jawapan:
Struktur yang terlibat dalam proses pencernaan ialah mulut, gigi, esofagus, perut, duodenum, usus kecil dan usus besar.

Soalan 3:
Namakan sel-sel utama pada kelenjar gaster dan terangkan fungsi sel-sel tersebut.
Jawapan:
Sel-sel utama pada kelenjar gaster ialah sel utama yang merembeskan pepsinogen, sel parietal yang merembeskan asid hidroklorik dan sel mukus yang merembeskan mukus.

Soalan 4:
Usus kecil merembeskan beberapa jenis enzim untuk melengkapkan proses pencernaan. Terangkan bagaimana enzim-enzim tersebut melengkapkan proses pencernaan.
Jawapan:
Enzim-enzim yang terlibat dalam proses pencernaan di usus kecil ialah tripsin, amilase, erepsin, sukrase, maltase, laktase dan lipase.
Fungsi enzim:
Tripsin—menghidrolisis polipeptida kepada peptida
Amilase—menghidrolisis kanji kepada maltosa
Erepsin—menghidrolisis peptida kepada asid amino
Sukrase—menghidrolisis sukrosa kepada glukosa dan fruktosa
Maltase—menghidrolisis maltosa kepada glukosa
Laktase—menghidrolisis laktosa kepada glukosa dan galaktosa
Lipase—menghidrolisis lipid kepada asid lemak dan gliserol