Soalan 2:
(a) Bincangkan kelebihan makanan terubah suai genetik terhadap kehidupan manusia.
(b) Satu strain bakteria dapat mensintesiskan suatu protein yang diketahui bermanfaat kepada manusia. Terangkan secara ringkas seorang ahli genetik mendapat gen bakteria itu agar salinan gen itu dapat dihasilkan dengan banyak dan segera.
(c) Terangkan sebab tanaman yang telah diubah susi melalui kejurutenan genetik bagi menghasilkan strain yang mempunyai tcleransi terhadap herbisid dapat mengancam alam sekitar.
Jawapan:
(a)
Kelebihan makanan terubah suai genetik terhadap kehidupan manusia adalah seperti yang berikut:
• Meningkatkan jangka hayat dan kualiti makanan
• Meningkatkan kualiti nutrisi dan kesihatan
• Meningkatkan hasil keluaran pertanian
• Menghasilkan tumbuhan yang rintang terhadap makhluk perosak / serangga / cuaca /penyakit
• Tanaman mempunyai toleransi terhadap herbisid / logam berat
• Meningkatkan kualiti protein dan kandungan karbohidrat dalam makanan
(b)
• DNA diasingkan daripada sel bakteria
• DNA yang diingini dipotong menggunakan enzim pembatasan
• Fragmen DNA yang telah dipotong dimasukkan ke dalam vektor pengklonan seperti plasmid
• Plasmid rekombinan dihasilkan
• Plasmid rekombinan dimasukkan ke dalam sel bakteria perumah
• Bakteria yang mengandungi plasmid rekombinan dikulturkan di atas plat agar-agar
• Koloni bakteria yang mengandungi plasmid rekombinan dikenal pasti
• Sel bakteria di dalam koloni tersebut mempunyai plasmid yang membawa gen yang dikehendaki
(c)
• Tanaman yang mempunyai toleransi terhadap herbisid sukar untuk dibendung pertumbuhannya
• Herbisid yang lebih kuat diperlukan untuk membunuhnya
• Tanaman ini dapat mengalami mutasi untuk menghasilkan strain yang lebih kuat
• Gen yang rintang herbisid ini mungkin dipindahkan daripada tanaman itu kepada rumput melalui agen-agen pendebungaan
• Keadaan ini dapat menyebabkan pembentukan ‘super weed’ atau ‘rumpai super’
• Herbisid yang baharu perlu digunakan untuk membunuhnya
• Maka, herbisid akan terus menerus digunakan oleh petani
• Penggunaan herbisid yang berleluasa akan menyebabkan ancaman terhadap alam sekitar