Soalan 1:
Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 menunjukkan aktiviti yang memberikan ancaman kepada ekosistem.
(a) Nyatakan ancaman alam sekitar yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1 dan Rajah 1.2.
(b) Namakan dua bahan pencemar yang dibebaskan oleh aktiviti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1.
(c) Berdasarkan Rajah 1.1 dan Rajah 1.2, bagaimanakah aktiviti-aktiviti tersebut dapat menyebabkan dunia mengalami perubahan iklim? Terangkan.
(d) Bincangkan kesan aktiviti-aktiviti di Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 terhadap ekosiste
Jawapan:
(a)
Rajah 1.1: Kesan rumah hijau
Rajah 1.2: Penyahhutanan
(b)
Gas karbon dioksida, gas metana, gas nitrogen oksida dan gas klorofluorokarbon
(Mana-mana dua bahan pencemar)
(c)
Aktiviti penyahhutanan menyebabkan pengurangan bilangan pokok yang menjalankan fotosintesis. Aktiviti ini menyebabkan berlakunya peningkatan kepekatan karbon dioksida di atmosfera yang akan memerangkap lebih banyak haba di atmosfera. Suhu bumi akan meningkat.
(d)
Kesan aktiviti Rajah 1.1:
• Pemerangkapan haba yang berlebihan di bumi akan menyebabkan perubahan iklim
• Perubahan taburan hujan dan salji
• Peningkatan aras laut yang disebabkan oleh pemanasan laut dan pencairan ais di kutub
• Kemarau dan gelombang panas lebih kerap berlaku
Kesan aktiviti Rajah 1.2:
• Hidupan kehilangan habitat semula jadi
• Kepupusan flora dan fauna
• Kehilangan kawasan tadahan air hujan
• Berlakunya hakisan tanah yang menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat