Soalan 2:
Sesebuah negara disifatkan mempunyai sekuriti makanan apabila individu, isi rumah atau semua rakyatnya mendapat makanan yang cukup, selamat serta berkhasiat untuk hidup sihat dan aktif. Gambar foto 1 menunjukkan keadaan kanak-kanak di suatu kawasan yang mengalami ancaman sekuriti makanan.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan sekuriti makanan?
(b) Ramalkan salah satu masalah kesihatan yang mungkin dialami oleh kanak-kanak di kawasan tersebut.
(c) Pada pendapat anda, apakah penyebab kepada ancaman sekuriti makanan di kawasan tersebut?
(d) Melalui Dasar Agromakanan Negara (DAN), bincangkan tanggungjawab pihak kerajaan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak di kawasan tersebut.
Jawapan:
(a) Sekuriti makanan diterjemahkan sebagai jaminan makanan yang merujuk kepada jaminan ketersediaan makanan, jaminan capaian makanan dan jaminan penggunaan makanan.
(b) Kwashiorkor atau penyakit malnutrisi yang lain.
(c)
Ancaman sekuriti makanan:
• Ketidakcukupan bekalan makanan yang disebabkan oleh ketidakmampuan penghasilan dan pengeluaran makanan domestik
• Taraf hidup yang rendah menyebabkan penduduk tidak mampu membeli makanan
• Persekitaran yang kurang bersih serta kemudahan asas yang tidak cukup menyebabkan makanan tidak berkualiti dan nutrien yang rendah
(d)
Peranan pihak kerajaan:
• Menyediakan program makanan sihat, seperti program sarapan sihat
• Menyediakan program jaringan keselamatan sekuriti makanan, seperti Program Bank Makanan
• Mengadakan program bagi meningkatkan taraf hidup penduduk
• Memberi pendidikan kepada isi rumah mengenai pemilihan diet yang selamat dan sihat serta teknik penghasilan, pemprosesan, penyimpanan dan pengendalian makanan yang selamat