Soalan 8:
(a) Terangkan bagaimana pengecutan otot jantung secara beritma berlaku.
(b) Kaki Ali berasa kebas setelah duduk bersila selama 1 jam. Cadangkan tindakan yang patut diambil dan jelaskan alasan anda.
(c) Elly suka makan rendang daging dan nasi lemak. Terangkan mengapa amalan pemakanan ini untuk jangka masa lama boleh membawa kesan buruk terhadap kesihatannya.
Jawapan:
(a)
• Pengecutan otot kardium dicetus dan dimulakan oleh sekumpulan tisu khas disebut nodus sinoatrium.
• Nodus sinoatrium menjana impuls elektrik sama seperti yang dijana oleh saraf.
• Oleh sebab otot kardium bersilangan dan bersambungan, apabila satu sel diuja atau dirangsang, rangsangan ini akan disebarkan atau dikonduksikan ke seluruh dinding atrium jantung.
• Gelombang pengecutan akan dipancarkan ke seluruh atrium menyebabkan atrium mengecut dengan serentak dan seragam.
• Impuls elektrik akan merebak sehingga ke kumpulan nodus kedua yang disebut nodus atrioventrikel.
• Impuls elektrik merebak melalui berkas His dan gentian Purkinje sehinggalah ke apeks jantung.
• Ini merangsang gelombang impuls elektrik beritma ke seluruh ventrikel dan kedua-dua ventrikel akan mengecut secara serentak bermula dari bahagian bawah sehingga ke bahagian pangkal aorta dan pangkal arteri pulmonari.
(b)
• Ali perlu berjalan atau melakukan gerakan pada kakinya supaya otot rangka pada kakinya dapat mengecut.
• Pengecutan otot rangka kaki dapat menghasilkan daya untuk menolak darah dalam vena kembali ke jantung.
• Pengecutan otot juga dapat membantu menolak darah mengalir ke bahagian tisu kaki yang kekurangan bekalan darah.
(c)
Rendang daging dan nasi lemak yang dimasak dengan santan kelapa mengandungi kandungan lipid (trigliserida) dan kolesterol yang tinggi.
Biasanya, tubuh manusia lebih cenderung menyimpan lemak daripada menggunakannya untuk membekalkan tenaga.
Oleh itu, lemak dan kolesterol berlebihan akan terenap pada dinding arteri (arteriosklerosis).
• Lumen arteri menjadi sempit dan menyukarkan serta menyekat pengaliran darah.
• Keadaan ini meningkatkan tekanan darah (hipertensi).
• Jantung terpaksa bekerja dengan lebih kuat untuk mengepam darah. Keadaan ini menambahkan tekanan pada jantung.
• Sekiranya lumen arteri yang menyempit ialah arteri koronari (arteri di jantung), sakit jantung mungkin berlaku, terutamanya apabila aktiviti atau keadaan emosi seseorang itu menyebabkan jantung bekerja dengan lebih kuat. Keadaan ini disebut angina dan disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen ke otot jantung.
• Kekurangan bekalan darah dan oksigen ke jantung boleh menyebabkan kematian sebahagian tisu otot jantung dan membawa maut sekiranya darah tidak sampai ke tisu otot jantung tersebut.
• Sekiranya enapan kolesterol dan lemak bersama dengan darah beku dialirkan ke tempat lain, misalnya ke otak, strok boleh berlaku.
• Oleh itu, adalah wajar untuk beliau menghentikan amalan pemakanan tidak sihat ini bagi mengelakkan serangan strok, hipertensi dan penyakit kardiovaskular.