Soalan 6:
Rajah 2(a) menunjukkan sebahagian neuron motor dan Rajah 2(b) menunjukkan keratan rentas bonggol sinaps.
(a) Namakan bahagian berlabel V, T dan U.
(b) Namakan bahan kimia yang terkandung dalam U.
(c) Bonggol sinaps mengandungi banyak V. Apakah fungsi V?
(d) Lukis satu anak panah untuk menunjukkan arah pengaliran impuls di sepanjang akson S.
(e) Terangkan
(i) mengapa penghantaran impuls melibatkan lintasan impuls melalui T.
(ii) bagaimana penghantaran impuls berlaku.
(f) Berdasarkan Rajah 2(a) dan (b), terangkan mengapa penghantaran impuls melalui neuron berlaku dalam satu arah sahaja.
Jawapan:
(a)
V – mitokondrion
U – vesikel
T – sinaps
(b) Neurotransmiter
(c) Menjana tenaga untuk penghantaran impuls elektrik
(d)
(e)(i) Untuk meneruskan pemancaran impuls elektrik ke neuron yang berikutnya setelah tiba di bonggol sinaps
(e)(ii) Vesikel sinaps merembes neurotransmiter yang meresap merentasi sinaps dan bergabung dengan protein reseptor pada dendrit neuron penerima. Dendrit tersebut akan dirangsang untuk mencetuskan impuls saraf yang dibawa oleh neuron penerima ke efektor.
(f) Penghantaran impuls berlaku dalam satu arah sahaja kerana selepas dirembeskan daripada vesikel sinaps, neurotransmiter akan menyeberangi sinaps, bergabung dengan reseptor pada neuron seterusnya; jadi penghantaran impuls hanyalah dalam satu arah sahaja.

Soalan 7:
Terangkan kesan dadah perangsang dan dadah penenang terhadap penghantaran impuls melalui sinaps.
Jawapan:
• Dadah perangsang seperti kokain menghalang penyingkiran neurotransmiter yang merangsang keseronokan.
• Jadi ini akan menghasilkan perasaan yang amat gembira dan diikuti dengan kemurungan.
• Dadah perangsang juga meningkatkan penghantaran impuls yang menyebabkan peningkatan denyutan jantung dan kadar respirasi.
• Dadah penenang ialah dadah seperti heroin yang akan merencat dan melambatkan aktiviti sistem saraf.
• Ini akan melambatkan penghasilan neurotransmiter yang seterusnya akan melambatkan kadar denyutan jantung dan kadar respirasi.
• Seseorang akan mempunyai perasaan keseronokan dan kepuasan yang bersifat sementara.