Praktis Formatif 12.2 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 12


Soalan 1:
Jelaskan peranan otak dalam koordinasi badan.

Jawapan:
Otak menerima pelbagai jenis maklumat daripada reseptor. Otak menganalisa, mengintegrasi dan menghubungkaitkan maklumat tersebut supaya membentuk satu gambaran menyeluruh yang bermakna. Selepas maklumat diproses, gerak balas yang sewajarnya akan ditentukan dan arahan diberikan kepada efektor untuk melakukan gerak balas tersebut.


Soalan 2:
Bandingkan fungsi serebelum dengan medula oblongata.

Jawapan:
Serebelum berfungsi mengawal dan menyelaras pergerakan badan serta memelihara keseimbangan badan. Medula oblongata mengawal gerak balas yang tidak disedari seperti tindakan peristalsis.


Soalan 3:
Nyatakan satu perbezaan antara fungsi sistem saraf soma dengan sistem saraf autonomi.

Jawapan:
Sistem saraf soma mengawal semua tindakan terkawal manakala sistem saraf autonomi mengawal tindakan luar kawal.


Soalan 4:
Jelaskan mengapa kita tidak dapat menahan bersin.

Jawapan:
Kita tidak boleh menahan bersin kerana tindakan ini ialah gerak balas luar kawal.

Leave a Comment