Soalan 7:
Kadang-kadang doktor memberi antibiotik untuk merawat sesetengah jangkitan penyakit. Doktor menasihatkan supaya mengambil kesemua antibiotik yang diberi mengikut tempoh yang disyorkan. Jelaskan mengapa langkah ini penting untuk dipatuhi.
Jawapan:
Sekiranya antibiotik yang diberi tidak habis dimakan, bakteria yang tidak dibunuh akan menjadi imun terhadap antibiotik tersebut. Ini akan menghasilkan strain bakteria yang imun terhadap antibiotik. Strain bakteria ini membiak dengan cepat dan antibiotik yang sedia ada tidak dapat membunuh strain bakteria ini lagi. Maka jika dijangkiti, rawatan dengan antibiotik yang sedia ada tidak lagi berkesan dan sistem imun mungkin tidak dapat melawan strain bakteria yang baharu ini..

Soalan 8:
Anda menziarah rakan anda yang sakit di hospital. MRSA (methicilin-resistant Staphylococcus aereus) iaitu sejenis strain bakteria yang lazim didapati di hospital. Strain bakteria ini imun terhadap banyak jenis antibiotik akibat penggunaan pelbagai jenis antibiotik untuk merawat pesakit di hospital. Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah diri daripada dijangkiti MRSA.
Jawapan:
• Mencuci tangan dengan antiseptik selepas menziarah
• Menutup mulut dengan topeng mulut ketika bercakap dengan pesakit
• Elakkan daripada menyentuh peralatan hospital