Praktis Formatif 8.2 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 8


Soalan 1:
Terangkan diversiti ekosistem, diversiti spesies dan diversiti genetik.

Jawapan:
Diversiti ekosistem merujuk kepada pelbagai habitat, komuniti biosis dan proses ekologi di dalam ekosistem di persekitaran daratan, lautan dan di persekitaran akuatik yang lain. Diversiti spesies merujuk kepada variasi dan kepelbagaian organisma yang hidup di muka bumi. Diversiti genetik merujuk kepada variasi gen individu di dalam suatu populasi dan variasi gen di antara populasi yang berbeza bagi sesuatu spesies yang sama.

Soalan 2:
Apakah tujuan ahli biologi menggunakan pokok filogeni?

Jawapan:
Untuk menunjukkan hubungan evolusi dan sejarah evolusi antara pelbagai spesies biologi.

Soalan 3:
Apakah peranan anda dalam memelihara dan memulihara biodiversiti di Malaysia?

Jawapan:
Merancang pembangunan yang teratur supaya pokok di hutan tidak ditebang dan kawasan hutan tidak dimusnahkan; memulaukan barangan yang diperbuat daripada kulit haiwan/bahagian badan haiwan yang dianggap mempunyai nilai perubatan.

Soalan 4:
Nyatakan dua kepentingan biodiversiti terhadap manusia.

Jawapan:
Sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan; Merupakan tempat perlindungan bagi hidupan liar dan endemik; Mengekalkan suhu persekitaran; Membekalkan makanan kepada manusia dan haiwan; Membekalkan bahan mentah dan ubat-ubatan kepada manusia; Menjana pendapatan masyarakat dan ekonomi negara. (Mana-mana dua kepentingan)

Leave a Comment