Praktis Sumatif 8 (Soalan 9) – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 8


Soalan 9:
Anda telah diberikan satu plot tanah dan disarankan untuk menanam tumbuh-tumbuhan seperti dalam Gambar foto 4. Bagaimanakah anda akan menggunakan tumbuh-tumbuhan tersebut untuk mengekalkan kesuburan plot tanah anda? Jelaskan.



Jawapan:
• Tanaman bergilir merupakan kaedah pertanian yang mana tanaman yang berlainan ditanam secara berturut-turut di atas tanah yang sama sepanjang masa.

• Tumbuhan kekacang ditanam secara tanaman bergilir kerana pokok ini dapat membina nitrat untuk menjadikan tanah subur.

• Terdapat peratusan nitrogen yang tinggi di dalam atmosfera namun nitrogen tidak boleh digunakan secara terus oleh tumbuhan.


• Bakteria pengikat nitrogen yang hidup di dalam nodul akar tumbuhan kekacang atau tumbuhan legum seperti Rhizobium sp. serta bakteria pengikat nitrogen yang hidup bebas di dalam tanah seperti Azotobacter sp. akan mengikat nitrogen dari atmosfera dan menukarkannya kepada ion ammonium (NH4+) melalui proses ammonifikasi.

• Ion ammonium ditukarkan kepada ion nitrit (NO2) melalui proses nitrifikasi oleh bakteria nitrifikasi, iaitu Nitrosomonas sp.

• Ion nitrit ditukarkan kepada ion nitrat (NO3) oleh bakteria nitrifikasi, iaitu Nitrobacter sp.


• Sebatian ammonia digunakan untuk mensintesiskan protein untuk pertumbuhan tumbuhan yang sihat.

• Nitrat yang terbentuk diserap oleh tumbuhan untuk pertumbuhan/ditukarkan kepada protein tumbuhan.

• Akar tumbuhan kekacang akan tertinggal di dalam tanah setelah hasilnya dituai.


• Sayuran berdaun hijau mempunyai keperluan yang tinggi terhadap nitrogen, maka sayuran ini memperoleh keuntungan daripada kandungan nitrogen yang tinggi di dalam tanah yang telah diikat oleh tumbuhan kekacang.

• Sayuran jenis akar mempunyai keperluan nitrogen yang rendah dan memperoleh keuntungan daripada kandungan nitrogen yang rendah selepas sayuran berdaun hijau dituai.

• Kitaran tanaman bergilir diulang semula.

Leave a Comment