Praktis Formatif 2.2 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 2


Soalan 1:
Apakah fungsi vakuol mengecut dalam Paramecium sp.?

Jawapan:
Vakuol mengecut berfungsi dalam pengosmokawalaturan.

Soalan 2:
Bagaimanakah Amoeba sp. bergerak?

Jawapan:
Amoeba sp. bergerak dengan mengunjurkan pseudopodium (kaki palsu). Ini diikuti oleh pengaliran sitoplasma ke bahagian pseudopodium yang diunjurkan.

Soalan 3:
Bagaimanakah Amoeba sp. membiak apabila keadaan persekitaran tidak sesuai?

Jawapan:
Amoeba sp. membentuk spora. Di dalam spora, mitosis berlaku berulang kali untuk menghasilkan banyak sel anak. Apabila keadaan persekitaran pulih semula, spora akan pecah dan sel anak akan dilepaskan.

Soalan 4:
Ramalkan apa yang akan berlaku kepada kadarĀ  pengecutan vakuol mengecut sekiranya Paramecium sp. dimasukkan ke dalam larutan garam pekat.

Jawapan:
Kadar pengecutan vakuol mengecut akan berkurang.

Leave a Comment