Praktis Formatif 2.3 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 2


Soalan 1:
Nyatakan komponen sel yang didapati dalam kepadatan yang tinggi dalam sel yang merembes hasil protein.

Jawapan:
Jalinan endoplasma kasar, ribosom dan jasad Golgi.

Soalan 2:
elaskan secara ringkas struktur dan fungsi tisu saraf.

Jawapan:
Tisu saraf terdiri daripada badan sel dan gentian saraf yang disebut dendrit dan akson. Tisu saraf menyelaras dan mengawal aktiviti badan.

Soalan 3:
Jelaskan mengapa sel mesofil palisad mengandungi banyak kloroplas.

Jawapan:
Kloroplas yang banyak dapat memerangkap banyak cahaya matahari untuk fotosintesis.

Soalan 4:
Sel lemak mempunyai tiga ciri penyesuaian untuk membolehkan sel menyimpan lemak. Terangkan tiga ciri tersebut.

Jawapan:
Sel lemak mempunyai sitoplasma yang sedikit tetapi kandungan lemak yang tinggi.
Sel lemak mempunyai mitokondrion yang sedikit kerana memerlukan tenaga yang sedikit.
Sel lemak boleh mengembang untuk menyimpan lebih banyak lemak.

Leave a Comment