Praktis Sumatif 2 (Soalan 11 & 12) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 2


Soalan 11:
Rajah 3 menunjukkan struktur sehelai daun.


(a) Namakan sel yang berlabel P dan R.

(b) Nyatakan fungsi sel P dan R.

(c) Terangkan peranan sel Q dalam meningkatkan kadar fotosintesis.

(d) S mengandungi dua jenis tisu.
(i) Namakan dua tisu tersebut.
(ii) Terangkan ciri penyesuaian pada tisu-tisu dalam S untuk membantu dalam pengangkutan bahan di dalam tumbuhan.


Jawapan:
(a) P : Sel mesofil R : Sel epidermis

(b) P mengandungi bilangan kloroplas yang banyak untuk penyerapan cahaya matahari yang maksimum semasa fotosintesis. R melindungi tisu tumbuhan daripada kecederaan mekanikal.

(c) Apabila keamatan cahaya dan kepekatan karbon dioksida tinggi, sel pengawal (sel Q) melengkung keluar. Ini menyebabkan stomata terbuka dan membenarkan lebih banyak karbon dioksida meresap masuk ke dalam daun.


(d)(i) Xilem dan floem

(d)(ii)
• Xilem terdiri daripada salur xilem dan trakeid yang bersambung dari hujung ke hujung.

• Salur xilem tidak mengandungi sebarang sitoplasma.

• Sel dinding ditebalkan dengan lignin.

• Ciri-ciri ini membenarkan xilem mengalirkan air dan garam mineral ke seluruh tumbuhan.

• Floem terdiri daripada tiub tapis yang disusun dari hujung ke hujung. Tiub tapis mengandungi plat tapis bagi membenarkan pengangkutan sebatian organik yang berterusan

Soalan 12:
Dengan menggunakan satu contoh organisma unisel, terangkan lima proses hidup yang boleh dilakukan oleh organisma ini.

Jawapan:
Contoh organisma unisel ialah Amoeba sp. Lima proses hidup organisma unisel adalah seperti berikut:

Pergerakan
Amoeba sp. mengunjurkan pseudopodium melalui pengaliran sitoplasma untuk bergerak.

Pemakanan
Makan secara fagositosis dengan mengunjurkan pseudopodium untuk mengepung zarah makanan. Makanan disimpan di dalam vakuol makanan dan dihidrolisis oleh enzim sebelum diserap.


Respirasi
Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida melalui membran plasma secara resapan.

Perkumuhan
Bahan perkumuhan seperti karbon dioksida dan ammonia disingkir secara resapan. Tekanan osmosis sel dikawal oleh vakuol mengecut.

Pembiakan
Membiak melalui pembiakan aseks, iaitu melalui belahan dedua dan pembentukan spora.

Leave a Comment