Praktis Sumatif 12 (Soalan 9 & 10) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 12

Soalan 9:Bagaimanakah otak membuat keputusan menentukan berapa banyak tenaga yang diperlukan untuk mengangkat sehelai kertas berbanding dengan sebuah buku? Jawapan:Otak membuat keputusan berdasarkan pengalaman yang lepas. Otak mengetahui bahawa sebuah buku adalah lebih berat daripada sehelai kertas. Oleh itu, otak akan merangsang bilangan gentian otot yang sepadan dengan tenaga yang diperlukan. Sesetengah neuron motor boleh … Read more

Praktis Sumatif 12 (Soalan 8) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 12

Soalan 8:(a)(i) Banding dan bezakan antara sistem saraf dengan sistem endokrin.(a)(ii) Nora terpijak paku secara tidak sengaja. Dia menjerit sambil memegang kaki yang terluka. Huraikan gerak balas Nora apabila terpijak paku tersebut.(b) Selepas minum petang, Azman pergi ke taman permainan untuk menunggang basikal. Semasa dia sedang menunggang basikal, Azman sedar akan tindakan yang dilakukan olehnya. … Read more

Praktis Sumatif 12 (Soalan 6 & 7) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 12

Soalan 6:Rajah 2(a) menunjukkan sebahagian neuron motor dan Rajah 2(b) menunjukkan keratan rentas bonggol sinaps.(a) Namakan bahagian berlabel V, T dan U.(b) Namakan bahan kimia yang terkandung dalam U.(c) Bonggol sinaps mengandungi banyak V. Apakah fungsi V?(d) Lukis satu anak panah untuk menunjukkan arah pengaliran impuls di sepanjang akson S.(e) Terangkan(i) mengapa penghantaran impuls melibatkan … Read more

Praktis Sumatif 12 (Soalan 1 – 5) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 12

Soalan 1:Bandingkan fungsi serebelum dengan medula oblongata. Jawapan:Serebelum berfungsi mengawal dan menyelaras pergerakan badan serta memelihara keseimbangan badan. Medula oblongata pula mengawal gerak balas yang tidak disedari seperti tindakan peristalsis. Soalan 2:Takrifkan tindakan refleks dan nyatakan kepentingannya. Jawapan:Tindakan refleks ditakrifkan sebagai satu gerak balas yang pantas dan automatik tanpa melibatkan pemikiran. Kebolehan melakukan tindakan refleks … Read more

Praktis Formatif 12.7 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 12

Soalan 1:Nyatakan faktor yang menyebabkan seseorang menghidap penyakit diabetes insipidus. Jawapan:Lobus posterior kelenjar pituitari individu tersebut gagal merembeskan hormon antidiuresis (ADH). Soalan 2:Nyatakan dua simptom yang dialami oleh pesakit diabetes melitus. Jawapan:Penglihatan kabur dan luka lambat sembuh. Soalan 3:Goiter ialah penyakit yang menyebabkan pembesaran kelenjar tiroid. Pada pendapat anda, mengapakah pesakit goiter digalakkan makan makanan … Read more

Praktis Formatif 12.6 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 12

Soalan 1:Namakan hormon yang berkaitan dengan fungsi yang diberikan. Jawapan: Soalan 2:Nyatakan tiga ciri hormon. Jawapan:• Dirembeskan oleh kelenjar khas yang disebut kelenjar endokrin.• Diperlukan dalam kuantiti yang kecil sahaja.• Tempoh kesan atau pengaruhnya adalah lama. Soalan 3:Bandingkan antara sistem saraf dengan sistem endokrin. Jawapan:• Sistem saraf menghantar maklumat dengan pantas melalui impuls saraf; sistem … Read more

Praktis Formatif 12.5 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 12

Soalan 1:Nyatakan simptom-simptom penyakit Alzheimer. Jawapan:Pesakit mudah lupa dan hilang arah walaupun berada di tempat yang lazim. Sekiranya kemerosotan otak berterusan, seseorang akan kehilangan kebolehan untuk membaca, menulis, makan, berjalan dan bertutur. Soalan 2:Terangkan bagaimana dadah mempengaruhi koordinasi saraf seseorang. Jawapan:Dadah mempercepatkan atau melambatkan pemancaran impuls di sinaps dengan menghalang tindakan bahan pemancar sinaps. Akibatnya, … Read more

Praktis Formatif 12.4 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 12

Soalan 1:Nyatakan urutan penghantaran impuls arka refleks dalam sentakan lutut. Jawapan: Soalan 2:Salah satu contoh tindakan refleks adalah menarik tangan apabila tersentuh objek panas. Takrifkan tindakan refleks dan nyatakan kepentingannya. Jawapan:Tindakan refleks ditakrifkan sebagai satu gerak balas yang pantas dan automatik tanpa melibatkan daya pemikiran. Tindakan refleks adalah penting untuk melindungi diri kita daripada keadaan … Read more

Praktis Formatif 12.3 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 12

Soalan 1:Apakah fungsi neuron motor? Jawapan:Neuron motor menerima impuls saraf dari neuron geganti sistem saraf pusat dan menghantarnya ke efektor seperti otot atau kelenjar untuk gerak balas yang sewajarnya. Soalan 2:Mengapakah bonggol sinaps mengandungi banyak mitokondrion? Jawapan:Untuk menjana tenaga yang diperlukan untuk penghantaran impuls saraf Soalan 3:Bagaimanakah impuls elektrik dihantar melalui sinaps? Jawapan:Impuls elektrik dihantar … Read more

Praktis Formatif 12.2 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 12

Soalan 1:Jelaskan peranan otak dalam koordinasi badan. Jawapan:Otak menerima pelbagai jenis maklumat daripada reseptor. Otak menganalisa, mengintegrasi dan menghubungkaitkan maklumat tersebut supaya membentuk satu gambaran menyeluruh yang bermakna. Selepas maklumat diproses, gerak balas yang sewajarnya akan ditentukan dan arahan diberikan kepada efektor untuk melakukan gerak balas tersebut. Soalan 2:Bandingkan fungsi serebelum dengan medula oblongata. Jawapan:Serebelum … Read more