Aktiviti 9.5:
Tujuan
Menjalankan kajian lapangan untuk mengkaji kesan komponen abiosis terhadap populasi suatu organisma
Radas
Lima kuadrat (10 cm × 10 cm) yang diperbuat daripada plastik lut sinar, pen penanda, tali dan pembaris meter
Prosedur
1. Pilih sebatang pokok yang ditumbuhi Pleurococcus sp. yang tidak sekata pada bahagian bawah batang.
2. Kenal pasti sisi yang menerima limpahan cahaya matahari yang paling banyak.
3. Ikat tali pada batang pokok dengan jarak anggaran satu meter dari aras tanah.
4. Lukiskan grid berukuran 1 cm × 1 cm pada kuadrat lut sinar.
5. Letakkan kuadrat di bahagian bawah tali pada aspek berbeza, P, Q, R, S dan T seperti dalam Rajah 9.19.
6. Dengan menggunakan pen penanda, lorekkan semua bahagian yang terdapat pertumbuhan Pleurococcus sp. pada kuadrat lut sinar.
7. Kirakan bilangan segi empat yang terdapat Pleurococcus sp. pada kuadrat.
(Nota: Hanya segi empat yang dilitupi separuh atau lebih daripada separuh boleh dikira)
8. Peratus litupan untuk semua kuadrat dianggarkan dengan menggunakan formula:
Perbincangan
1. Kuadrat manakah yang menerima cahaya matahari
(a) paling tinggi?
(b) paling rendah?
2. Kuadrat yang manakah mempunyai peratus litupan Pleurococcus sp. yang
(a) paling tinggi?
(b) paling rendah?
3. Terangkan pengaruh cahaya matahari terhadap pertumbuhan Pleurococcus sp.
Jawapan:
Pemerhatian:
Perbincangan
1. (a) T
(b) S
2. (a) Q
(b) R
3. Taburan populasi Pleurococcus sp. adalah tinggi di kawasan taburan cahaya dan suhu yang sederhana kerana kadar fotosintesis adalah paling tinggi.
Apabila keamatan cahaya dan suhu menjadi tinggi, kulit batang menjadi panas dan berlaku penghidratan sel Pleurococcus sp.; kadar pertumbuhan Pleurococcus sp. menjadi rendah.
Pleurococcus sp. ialah sejenis alga hijau yang dapat tumbuh untuk membentuk lapisan berlendir pada batang pokok, batu dan tanah yang lembap serta terlindung daripada cahaya matahari yang terik. Alga ini membiak dengan pantas melalui pembahagian sel vegetatif secara belahan dedua. Pleurococcus sp. ialah organisma unisel yang berbentuk sfera, wujud dalam keadaan tunggal atau berkelompok dan mempunyai dinding sel yang tebal untuk mengelakkan kehilangan air secara berlebihan. Setiap sel padat dengan kloroplas untuk berfotosintesis. |