Praktis Formatif 9.1 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 9


Soalan 1:
Berikan definisi:
(a) Spesies
(b) Populasi
(c) Komuniti

Jawapan:
(a) Sekumpulan organisma yang serupa dan dapat saling membiak serta menghasilkan anak.

(b) Sekumpulan organisma yang sama spesies dan hidup di habitat yang sama.

(c) Beberapa organisma yang berbeza dan hidup di dalam satu habitat serta saling berinteraksi antara satu sama lain.

Soalan 2:
Dalam sebuah ekosistem, komponen biosis saling berinteraksi antara satu sama lain dan juga dengan faktor persekitaran.
Berikan satu contoh interaksi yang berlaku di padang rumput.

Jawapan:
Komponen biosis dan biosis – Belalang makan rumput / Burung makan belalang

Komponen biosis dan abiosis – Rumput menyerap air tanah / Pokok menyerap cahaya matahari

Soalan 3:
Bagaimanakah faktor aspek mempengaruhi taburan organisma di dalam sesebuah ekosistem. Terangkan.

Jawapan:
Aspek ialah arah tiupan angin dan sinaran matahari. Lereng bukit yang menerima hujan dan cahaya matahari yang lebih banyak akan mempunyai tumbuhan yang lebih padat.

Soalan 4:
Piramid bilangan menunjukkan hubungan antara aras trof dengan bilangan dan saiz organisma serta nilai tenaga yang dipindahkan. Jelaskan hubungan antara:

(a) Aras trof dengan bilangan organisma

(b) Aras trof dengan jumlah biojisim per unit kawasan

(c) Aras trof dengan nilai tenaga


Jawapan:
(a) Semakin meninggi aras trof, semakin sedikit bilangan organisma.

(b) Semakin meninggi aras trof, semakin berkurang jumlah biojisim per unit kawasan.

(c) Semakin meningkat aras trof, semakin rendah nilai tenaga.

Soalan 5:
Nyatakan kepentingan paya bakau dalam aspek:
(a) Keselamatan
(b) Sumber pendapatan
(c) Pelancongan
(d) Pendidikan


Jawapan:
(a) Penampan semula jadi bagi ombak dan tiupan angin yang kuat; habitat bagi pelbagai spesies haiwan.

(b) Sumber pendapatan nelayan yang menangkap hasil laut; bahan mentah untuk membuat arang kayu.

(c) Tempat persinggahan spesies burung yang bermigrasi seterusnya dapat menarik minat pelancong.

(d) Tempat untuk menjalankan kajian ekosistem

Leave a Comment