Praktis Formatif 9.2 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 9


Soalan 1:
Sebuah ekosistem mempunyai saiz, kepadatan dan taburan populasi.
(a) Apakah perbezaan antara saiz dan taburan populasi?
(b) Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan populasi.
(c) Nyatakan corak taburan populasi dan jelaskan.


Jawapan:
(a)
aiz populasi ialah bilangan organisma yang terdapat dalam sesebuah populasi, manakala taburan populasi ialah bilangan individu sesuatu spesies per unit keluasan habitat.

(b)
Suhu air, cahaya, pH tanah, kandungan garam, kandungan mineral, tempat membiak dan bekalan makanan


(c)
Berkelompok: Organisma berkelopok membentuk kumpulan yang terpisah kerana taburan sumber yang tidak sekata

Rawak: Organisma berada dalam corak bebas di sesebuah kawasan kerana kurang berinteraksi antara satu sama lain.

Sekata: Organisma tersebar di seluruh kawasan kerana setiap individu bersaing merebut sumber yang terhad dalam kawasan.

Soalan 2:
Persampelan kuadrat dapat digunakan untuk mencari peratus litupan spesies tumbuhan di padang sekolah. Anda telah dibekalkan satu kuadrat yang terdiri daripada rangka kayu berbentuk segi empat. Menurut guru biologi anda, kuadrat tersebut perlu diubah suai supaya mendapat anggaran yang lebih tepat. Jelaskan.

Jawapan:
Pecahkan kuadrat tersebut kepada bahagian-bahagian segi empat sama saiz yang lebih kecil menggunakan dawai atau tali.

Segi empat kecil yang dilitupi oleh spesies separuh atau lebih dikira sebagai mempunyai litupan, manakala yang kurang daripada separuh diabaikan.

Leave a Comment