Praktis Formatif 5.3 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 5


Soalan 1:
Nyatakan satu aplikasi fitohormon yang berikut dalam bidang pertanian.
(a) Giberelin
(b) Sitokinin
(c) Auksin

Jawapan:
Kegunaan fitohormon berikut dalam bidang pertanian:

• Giberelin merangsang pemanjangan tangkai bunga dengan cepat

• Sitokinin merangsang pembahagian dan pembezaan sel dalam teknik kultur tisu

• Auksin menghasilkan buah tanpa biji melalui kaedah partenokarpi

Soalan 2:
Berdasarkan pernyataan di bawah, apakah hormon X dan terangkan peranan hormon X ketika suhu persekitaran meningkat.

Dengan adanya hormon X, tumbuhan dapat mengekalkan kandungan airnya.
Jawapan:
Hormon X ialah hormon asid absisik. Apabila suhu persekitaran meningkat, lebih banyak air akan hilang melalui transpirasi di liang stoma. Hal ini berlaku demikian kerana kepekatan asid absisik yang tinggi di dalam daun. Hasilnya stoma tertutup dan air dikekalkan di dalam daun.

Leave a Comment