Soalan 1:
Apakah maksud keimunan?
Jawapan:
Keimunan ialah keupayaan badan untuk melawan jangkitan penyakit yang disebabkan oleh patogen atau sebarang bendasing, melalui serangan spesifik terhadap patogen tersebut.

Soalan 2:
Namakan dua sifat kulit yang membolehkannya bertindak sebagai barisan pertahanan pertama yang berkesan.
Jawapan:
Kulit merupakan pelindung fizikal yang dapat menghalang kemasukan patogen. pH kulit yang berada antara julat 3 hingga 5 menyediakan satu persekitaran berasid yang tidak sesuai untuk pertumbuhan mikrob.

Soalan 3:
Bagaimanakah sel fagosit bertindak memusnahkan patogen yang berjaya melepasi benteng barisan pertahanan pertama?
Jawapan:
Sel fagosit menjalankan proses fagositosis dengan mengepung, memerangkap dan mencernakan patogen.

Soalan 4:
Bezakan antara antigen dengan antibodi.
Jawapan:
Antigen ialah bahan asing yang berjaya memasuki badan. Antigen biasanya merupakan molekul protein yang wujud pada dinding atau membran luar patogen. Antibodi ialah protein yang dihasilkan oleh limfosit yang akan bertindak untuk memusnahkan antigen tersebut.