Soalan 1:
Jenis keimunan yang manakah berkurang mengikut masa? Terangkan mengapa.
Jawapan:
Keimunan pasif buatan. Badan tidak menghasilkan antibodinya sendiri, maka keimunan ini tidak kekal lama dan hanya memberikan perlindungan sementara.

Soalan 2:
Cadangkan rawatan segera yang boleh diberikan kepada seseorang yang dipatuk ular berbisa.
Jawapan:
Suntikan antiserum terhadap bisa ular memberikan perlindungan segera tetapi untuk jangka masa yang pendek sahaja. Keimunan yang diperolehi adalah serta-merta selepas suntikan diberi.

Soalan 3:
Nyatakan satu perbezaan antara keimunan pasif buatan dengan keimunan aktif buatan.
Jawapan:
Tempoh keimunan bagi keimunan pasif buatan adalah lebih singkat daripada keimunan aktif buatan.

Soalan 4:
Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mematuhi dan melengkapkan rancangan imunisasi di Malaysia?
Jawapan:
Imunisasi membantu menguatkan sistem keimunan dengan merangsang sel pertahanan badan dan seterusnya melindungi kita daripada kemungkinan berlaku komplikasi yang akan mengancam nyawa. Maka, adalah sangat disyorkan agar kita mematuhi dan melengkapkan rancangan imunisasi seawal mungkin mengikut jadual yang telah disyorkan.