Praktis Formatif 10.1 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 10


Soalan 1:
Nyatakan tiga aktiviti manusia yang memberi kesan negatif kepada alam sekitar.

Jawapan:
Penyahhutanan, pembakaran terbuka, aktiviti penternakan, perlombongan, pertanian dan pembakaran.
(Mana-mana tiga aktiviti)

Soalan 2:
Bagaimanakah aktiviti pertanian dapat menyebabkan kematian tumbuhan akuatik? Jelaskan.

Jawapan:
Penggunaan baja nitrat dan fosfat menyebabkan eutrofikasi. Pertumbuhan alga menjadi pesat sehingga menutup permukaan air. Kadar fotosintesis di dalam kolam menjadi rendah. Kandungan gas oksigen terlarut di dalam air menjadi rendah. Tumbuhan akuatik mengalami kekurangan gas oksigen dan akhirnya mati.

Soalan 3:
Bagaimanakah peningkatan kepekatan gas rumah hijau menyumbang kepada peningkatan suhu bumi?

Jawapan:
Peningkatan aktiviti manusia seperti pembakaran bahan api fosil meningkatkan pembebasan gas rumah hijau seperti gas karbon dioksida. Gas ini memerangkap haba di atmosfera, menyebabkan peningkatan suhu bumi.

Soalan 4:
Wajarkan kepentingan mengekalkan sungai sebagai satu habitat dalam sesebuah ekosistem.

Jawapan:
Dengan adanya habitat, hidupan akuatik dapat membiak; haiwan akuatik seperti ikan dan udang merupakan sumber protein; sungai dapat membuka peluang pekerjaan kepada nelayan untuk menambahkan sumber pendapatan.

Leave a Comment