Praktis Formatif 10.2 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 10


Soalan 1:
Nyatakan maksud:
(a) Pemeliharaan ekosistem
(b) Pemuliharaan ekosistem
(c) Pemulihan ekosistem

Jawapan:
(a) Pemeliharaan ekosistem merupakan usaha melindungi komponen-komponen dalam suatu ekosistem supaya dapat mengekalkan keadaan semula jadinya.

(b) Pemuliharaan ekosistem bermaksud usaha membaik pulih sumber-sumber alam sekitar yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber itu pupus.

(c) Pemulihan bermaksud usaha-usaha bagi memperbaharu dan memulihkan ekosistem semula jadi yang merosot, rosak, atau musnah akibat aktiviti manusia.

Soalan 2:
Namakan satu tempat yang menjalankan aktiviti pemuliharaan;
(a) in situ, dan (b) ex situ.

Jawapan:
(a) Taman negara

(b) Zoo

Soalan 3:
Satu kawasan lereng bukit akan dimajukan sebagai kawasan perumahan.
Sebagai pemaju perumahan, cadangkan langkah-langkah pemuliharaan dan pemulihan ekosistem di kawasan tersebut.
Terangkan cadangan tersebut.

Jawapan:
Cadangan langkah pemeliharaan dan pemuliharaan.

• Cadangan 1: Kawasan perumahan dibina jauh dari tebing bukit. Hal ini memastikan keselamatan penduduk dan rumah.

• Cadangan 2: Menanam semula pokok-pokok yang telah ditebang agar akar pokok dapat mencengkam tanah. Tindakan ini dapat mengekalkan kestabilan tebing bukit dan mengelakkan tanah runtuh.

• Cadangan 3: Menanam rumput menutup bumi. Tindakan ini dapat mengelakkan hujan lebat yang menyebabkan hakisan tanah, aliran air hujan membawa tanah dan lumpur sehingga dapat menyebabkan banjir lumpur.

Leave a Comment