Praktis Formatif 10.3 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 10


Soalan 1:
Senaraikan empat komponen penting dalam sekuriti makanan.

Jawapan:
Empat komponen penting sekuriti makanan: Ketersediaan makanan, akses makanan, penggunaan makanan dan kestabilan makanan

Soalan 2:
Pada pendapat anda, apakah tanggungjawab seorang pengusaha makanan dalam menjayakan sekuriti makanan?

Jawapan:
Pengusaha makanan perlu menyediakan makanan berkualiti yang mencukupi dan dapat menampung keperluan penduduk setempat khususnya. Makanan yang disediakan memenuhi keperluan nutrien dan mengikut panduan GMP dan HACCP yang ditetapkan.

Soalan 3:
Andaikan anda seorang majikan di sebuah pejabat swasta. Cadangkan lima langkah penjimatan tenaga elektrik di pejabat kepada semua pekerja anda.

Jawapan:
Langkah penjimatan elektrik di pejabat:

• Tutup suis lampu sekiranya tidak digunakan

• Guna peralatan cekap tenaga

• Laraskan kecerahan skrin komputer mengikut kecerahan yang sesuai

• Guna bateri cas semula bagi telefon tanpa wayar dan alat kawalan jauh, berbanding menggunakan bateri biasa

• Guna lampu LED berbanding lampu kalimantang

• Laraskan suhu penyaman udara kepada 23 °C hingga 25 °C

(Mana-mana lima langkah)

Leave a Comment