Praktis Formatif 4.3 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 4


Soalan 1:
Nyatakan monomer bagi protein.

Jawapan:
Asid amino

Soalan 2:
Namakan tindak balas yang membentuk dipeptida.

Jawapan:
Kondensasi

Soalan 3:
Nyatakan dua kepentingan protein.

Jawapan:
(mana-mana dua)
• Membina sel baharu
• Membaiki tisu yang rosak
• Sintesis enzim, hormon, antibodi dan hemoglobin

Soalan 4:
Terangkan kesan kekurangan protein dalam diet seseorang terhadap rambut dan kuku individu tersebut.

Jawapan:
Rambut gugur, kuku lembut dan rapuh

Leave a Comment