Praktis Sumatif 4 (Soalan 1 – 3) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 4


Soalan 1:
Lilin ialah sejenis lipid. Lilin didapati pada kutikel daun, buah-buahan dan biji. Terangkan fungsi lilin pada kulit buah.

Jawapan:
Fungsi lilin:
• Menghalang kehilangan air daripada buah

• Mengekalkan kesegaran buah

• Melambatkan proses penguraian buah

Soalan 2:
Rajah 1 menunjukkan satu nukleotida.
(a) Namakan komponen P, Q dan R.
(b) Lengkapkan Rajah 2 untuk menunjukkan satu molekul DNA yang lengkap.



Jawapan:
(a)
P: Kumpulan fosfat

Q: Bes bernitrogen

R : Gula pentosa

(b)


Soalan 3:
Nyatakan perbezaan antara
(a) struktur molekul DNA dengan molekul polipeptida
(b) struktur DNA dengan RNA


Jawapan:
(a) Molekul DNA terdiri daripada dua rantai polinukleotida yang setiapnya terdiri daripada unit nukleotida manakala rantai polipeptida terdiri daripada asid amino.

(b) DNA terdiri daripada dua rantai polinukleotida manakala RNA terdiri daripada satu rantai nukleotida.

Leave a Comment