Soalan 6:
Rajah 4 menunjukkan penghasilan karbohidrat melalui proses fotosintesis. Karbohidrat ialah sejenis makromolekul.
(a) Terangkan maksud makromolekul sebatian organik.
(b) Jelaskan pembentukan polisakarida.
(c) Bincangkan kepentingan sebatian organik utama dalam sel.
Jawapan:
(a) Makromolekul sebatian organik ialah sebatian yang besar dan kompleks dan mengandungi unsur karbon. Kebanyakan makromolekul ialah polimer yang terdiri daripada molekul-molekul kecil yang dikenali sebagai monomer.
(b) Polisakarida terbentuk melalui proses kondensasi dan melibatkan beratus-ratus monosakarida yang membentuk rantai molekul yang panjang.
(c) Sebatian organik utama ialah karbohidrat, protein, lipid dan asid nukleik. Kepentingan sebatian ini adalah seperti berikut:
(i)
Karbohidrat
• Merupakan sumber tenaga utama dalam sel.
• Simpanan dalam bentuk kanji dan glikogen
• Sokongan kepada sel dalam bentuk selulosa dan kitin
(ii)
Protein
• Sebanyak 15% daripada protoplasma terdiri daripada protein.
• Membentuk sebahagian daripada struktur membran plasma
(iii)
Lipid
• Membentuk 15% daripada protoplasma.
• Merupakan komponen utama membran plasma iaitu fosfolipid
• Merupakan komponen utama hormon seperti estrogen dan progesteron
(iv)
Asid nukleik
• Berfungsi untuk penyimpanan maklumat genetik dari generasi ke generasi.
• Digunakan sebagai acuan dalam penghasilan RNA dan seterusnya penghasilan protein oleh RNA.
• Membentuk sebahagian daripada enzim untuk proses pencernaan.

Soalan 7:
Encik Ariff mengamalkan diet rendah karbohidrat. Cadangkan apa yang perlu dibuat untuk mengurangkan kanji dalam ubi kentang semasa penyediaan hidangan masakan
Jawapan:
Rendamkan kentang yang telah dipotong di dalam ais untuk tempoh yang lama untuk menyingkirkan sebanyak kanji yang boleh daripada kentang sebelum dimasak.

Soalan 8:
Hasil kajian biologi telah banyak diaplikasikan dalam pelbagai industri bagi meningkatkan mutu dan produktiviti serta mengatasi masalah. Antara kajian yang kini dimanfaatkan oleh ahli sains alam sekitar ialah plastik terbiodegradasi dan bateri mesra alam. Sekumpulan ahli sains di Malaysia telah berjaya mencipta bateri mesra alam dengan menggunakan pulpa rumpai laut. Pada pendapat anda, bagaimanakah kajian mengenai unsur kimia dalam rumpai laut membantu ahli sains mencipta bahan mesra alam?
Jawapan:
Pulpa rumpai laut merupakan bahan yang sesuai digunakan sebagai lapisan pengasingan untuk bateri. Ini adalah kerana sifatnya yang mempunyai kadar penyerapan yang tinggi. Komponen utama pulpa ialah selulosa iaitu polimer bagi karbohidrat