Praktis Formatif 12.3 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 12


Soalan 1:
Apakah fungsi neuron motor?

Jawapan:
Neuron motor menerima impuls saraf dari neuron geganti sistem saraf pusat dan menghantarnya ke efektor seperti otot atau kelenjar untuk gerak balas yang sewajarnya.


Soalan 2:
Mengapakah bonggol sinaps mengandungi banyak mitokondrion?

Jawapan:
Untuk menjana tenaga yang diperlukan untuk penghantaran impuls saraf


Soalan 3:
Bagaimanakah impuls elektrik dihantar melalui sinaps?

Jawapan:
Impuls elektrik dihantar melalui sinaps secara kimia iaitu melibatkan neurotransmiter.


Soalan 4:
Ramalkan apa yang akan berlaku kepada penghantaran impuls sekiranya neuron tidak mempunyai salut mielin.

Jawapan:
Penghantaran impuls diperlahankan kerana tiada nodus Ranvier.


Leave a Comment