Praktis Formatif 12.5 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 12


Soalan 1:
Nyatakan simptom-simptom penyakit Alzheimer.

Jawapan:
Pesakit mudah lupa dan hilang arah walaupun berada di tempat yang lazim. Sekiranya kemerosotan otak berterusan, seseorang akan kehilangan kebolehan untuk membaca, menulis, makan, berjalan dan bertutur.


Soalan 2:
Terangkan bagaimana dadah mempengaruhi koordinasi saraf seseorang.

Jawapan:
Dadah mempercepatkan atau melambatkan pemancaran impuls di sinaps dengan menghalang tindakan bahan pemancar sinaps. Akibatnya, otak tidak dapat menerima atau menghantar impuls ke organ efektor dan ini melambatkan tindakan refleks.


Soalan 3:
Mengapakah doktor menggunakan dadah dalam rawatan pesakit kanser yang menjalani kemoterapi?

Jawapan:
Untuk mengurangkan rasa loya dan kesakitan bagi pesakit


Soalan 4:
Terangkan mengapa individu yang mabuk tidak dibenarkan memandu kenderaan.

Jawapan:
Alkohol menjejaskan kebolehan otak untuk menganggar jarak ketika memandu serta berkoordinasi.


Leave a Comment