Praktis Formatif 12.6 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 12


Soalan 1:
Namakan hormon yang berkaitan dengan fungsi yang diberikan.

Jawapan:


Soalan 2:
Nyatakan tiga ciri hormon.

Jawapan:
• Dirembeskan oleh kelenjar khas yang disebut kelenjar endokrin.
• Diperlukan dalam kuantiti yang kecil sahaja.
• Tempoh kesan atau pengaruhnya adalah lama.


Soalan 3:
Bandingkan antara sistem saraf dengan sistem endokrin.

Jawapan:
• Sistem saraf menghantar maklumat dengan pantas melalui impuls saraf; sistem endokrin menghantar maklumat lebih perlahan melalui hormon.

• Kesan impuls menghasilkan gerak balas satu organ sahaja manakala kesan hormon menghasilkan gerak balas bagi beberapa organ.

• Kesan hormon biasanya berpanjangan dan berkekalan sehingga hormon disingkirkan daripada darah.

• Impuls saraf menghasilkan gerak balas yang cepat dan singkat.


Soalan 4:
Seorang murid telah mendapati dirinya diekori sebuah van dan mengesyaki kemungkinan ada cubaan untuk menculiknya. Dalam keadaan cemas, murid tersebut mampu berlari dengan laju menjauhi van tersebut. Huraikan situasi ‘lawan atau lari’ tersebut.

Jawapan:
Ketika situasi cemas atau “lawan atau lari”, hipotalamus menghantar impuls saraf secara terus ke medula adrenal dan merangsang sel medula adrenal untuk merembeskan adrenalina dan noradrenalina.
Kedua-dua hormon ini bertindak pantas menghasilkan gerak balas yang diperlukan semasa situasi “lawan atau lari”. Ini termasuklah peningkatan kadar denyutan jantung, kadar pernafasan, tekanan darah, aras glukosa darah, dan aktiviti metabolisme.
Dalam situasi “lawan atau lari”, jantung perlu mengepam lebih banyak oksigen dan glukosa ke otak dan otot rangka.
Ini kerana otak perlu amat peka untuk menggerakkan badan dan otot rangka memerlukan tenaga untuk berlawan atau lari dengan cepat.
Ini bermaksud dalam situasi cemas, kedua-dua sistem endokrin dan sistem saraf bekerjasama untuk menghasilkan gerak balas serta-merta bagi menangani keadaan berbahaya tersebut.
Apabila mekanisme ini berjaya mengawal situasi cemas “lawan atau lari”, keadaan dalam badan kembali ke julat normal.


Leave a Comment