Praktis Sumatif 5 (Soalan 1 – 4) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 5


Soalan 1:
Sesetengah tukang masak kadang-kadang membalut daging dengan daun betik dan daging tersebut diperap selama 5 jam sebelum dimasak. Apakah tujuan membalut dengan daun betik?

Jawapan:
Untuk melembutkan daging.

Soalan 2:
Mengapakah epal yang telah dididihkan selepas dikupas tidak bertukar menjadi warna perang?

Jawapan:
Epal mengandungi sejenis enzim yang menukarkan tisu epal menjadi perang selepas dikupas dan dibiarkan untuk seketika. Sekiranya epal dididihkan, enzim tersebut ternyahasli menyebabkan epal tidak bertukar menjadi warna perang.

Soalan 3:
(a) Enzim digunakan dalam industri dan kehidupan harian. Terangkan penggunaan enzim untuk mengekstrak agar-agar daripada rumpai laut.

(b) Nyatakan satu kegunaan lipase dalam industri makanan

Jawapan:
(a) Enzim selulase menguraikan dinding sel rumpai laut dan mengasingkan agar-agar yang terkandung dalamnya.

(b) Lipase digunakan dalam pembuatan keju.

Soalan 4:
(a) Nyatakan dua sifat enzim.

(b) Jelaskan mengapa hanya substrat tertentu dapat bergabung dengan enzim.

(c)(i) Apakah hipotesis yang boleh digunakan untuk menjelaskan mekanisme tindakan enzim? Dalam hipotesis ini, apakah yang mewakili struktur enzim dan struktur substrat?

(ii) Apakah ciri enzim yang boleh menjelaskan hipotesis ini

Jawapan:
(a) Tindak balas enzim adalah spesifik. Bentuk tapak aktif enzim tidak berubah selepas tindak balas berakhir.

(b) Molekul substrat mempunyai bentuk yang sepadan dengan struktur molekul enzim yang membolehkan penggabungan berlaku. Molekul substrat lain tidak akan mempunyai bentuk yang sepadan dengan molekul enzim. Oleh itu, enzim tidak boleh bergabung dengan substrat lain.


(c)(i) Hipotesis mangga dan kunci. Enzim diwakili mangga manakala substrat diwakili kunci.

(c)(ii) Tindakan enzim adalah spesifik, iaitu hanya satu jenis enzim boleh bertindak dengan substrat tertentu sahaja.

Leave a Comment