Soalan 1:
Bagaimanakah makronutrien berbeza dengan mikronutrien?
Jawapan:
Makronutrien diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti yang banyak, manakala mikronutrien diperlukan dalam kuantiti yang amat kecil.

Soalan 2:
Nyatakan tiga nutrien yang menyebabkan klorosis sekiranya berlaku kekurangan nutrien tersebut.
Jawapan:
Nitrogen, klorin dan zink.

Soalan 3:
Pokok jagung sangat peka dengan kekurangan nutrien. Bagaimanakah baja NPK (nitrogen, fosforus dan kalium) dapat merangsang pertumbuhan pokok jagung yang sihat?
Jawapan:
Nitrogen berfungsi merangsang perkembangan daun. Nitrogen digunakan dalam pembentukan klorofil yang digunakan dalam fotosintesis. Fosforus merangsang perkembangan akar yang sihat. Kalium terlibat dalam perkembangan keseluruhan pokok jagung termasuk perkembangan bunga dan buah pokok jagung.

Soalan 4:
Akar dan daun merupakan medium pengangkutan nutrien ke dalam tumbuhan. Dengan pengetahuan biologi anda, sokong pernyataan ini.
Jawapan:
Akar bertindak sebagai medium pengangkutan dengan menyerap air serta nutrien yang terdapat di dalam tanah dan mengangkut ke semua bahagian tumbuhan. Stoma yang terdapat pada daun menyerap gas karbon dioksida dan gas oksigen daripada atmosfera untuk kegunaan sel-sel tumbuhan.