Praktis Formatif 9.3 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 9


Soalan 1:
Nyatakan maksud asimilasi.

Jawapan:
Asimilasi merujuk kepada penggunaan nutrien yang diserap untuk mensintesis sebatian kompleks.

Soalan 2:
Terangkan fungsi hati dalam proses asimilasi makanan tercerna.

Jawapan:
Fungsi hati dalam proses asimilasi:

• Metabolisme karbohidrat.
Glukosa dioksidakan untuk menghasilkan tenaga.Kebanyakan glukosa berlebihan ditukar kepada glikogen dan disimpan di dalam hati.

• Metabolisme protein.
Sel hati menggunakan asid amino untuk mensintesis protein plasma dan enzim.

• Penyimpanan nutrien.
Selain daripada menyimpan glikogen, hati menyediakan tempat simpanan vitamin dan juga garam mineral.

• Penyahtoksinan.
Hati bertindak menyaring dan menyahtoksin bahan berbahaya kepada badan seperti dadah, alkohol serta bendasing lain.

Leave a Comment