Praktis Formatif 9.4 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 9


Soalan 1:
Nyatakan fungsi utama usus besar.

Jawapan:
Fungsi utama usus besar ialah penyerapan air dan vitamin serta pembentukan tinja.

Soalan 2:
Apakah bahan yang diserap di usus besar?

Jawapan:
Air, mineral, hasil sampingan metabolisme sesetengah bakteria seperti vitamin B, K dan asid folik.

Soalan 3:
Terangkan kepentingan penyerapan air dan vitamin dalam usus besar.

Jawapan:
Kepentingan penyerapan air dan vitamin:

• Penyerapan air dalam usus besar membantu pembentukan tinja yang separa pepejal. Proses ini membolehkan badan mengekalkan air.

• Penyerapan vitamin dapat mengekalkan kesihatan.

Soalan 4:
Huraikan proses pembentukan tinja.

Jawapan:
Proses pembentukan tinja:

• Selepas penyerapan nutrien berlaku di dalam usus kecil, kandungan yang masih tertinggal di dalam usus kecil akan masuk ke dalam kolon.

• Kandungan tersebut mengandungi campuran air, bahan makanan yang tidak dihadam, bakteria, sel-sel mati dan selulosa.

• Pergerakan makanan yang tidak terhadam tersebut dibantu oleh proses peristalsis.

• Di dalam kolon, berlakunya penyerapan garam mineral dan air sehingga terbentuknya tinja.

Leave a Comment