Praktis Formatif 9.5 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 9


Soalan 1:
Pada pendapat anda, mengapakah serat penting dalam proses penyahtinjaan. Terangkan jawapan anda.

Jawapan:
Pengambilan gizi dengan kandungan serat yang tinggi dapat memudahkan pergerakan tinja dan seterusnya mengelakkan masalah kesihatan seperti sembelit, kanser kolon, kanser rektum dan hemoroid. Antara fungsi serat ialah merangsang peristalsis, menyerap dan menyingkirkan bahan toksik, mengawal atur penyerapan glukosa terutamanya bagi pesakit diabetes dan meningkatkan populasi bakteria dalam usus besar.

Soalan 2:
Ramalkan kesan pengubahsuaian organ pencernaan seperti kaedah pintasan gaster terhadap kesihatan manusia.

Jawapan:
Pintasan gaster melibatkan pengecilan saiz perut menggunakan pelbagai kaedah pembedahan.
Antara kesan sampingan jangka pendek pembedahan ini ialah refluks asid, mual dan muntah-muntah, esofagus mengembang, tidak boleh makan beberapa jenis makanan, risiko jangkitan, kenaikan atau penurunan berat badan.
Kesan sampingan jangka panjang pula termasuklah mual dan pening-pening, aras gula rendah, malnutrisi, ulser perut dan masalah penyahtinjaan.

Leave a Comment