Soalan 8:
Ubat dalam bentuk kapsul tidak diuraikan di dalam perut tetapi diserap dengan mudah oleh usus kecil. Apabila sampel darah pesakit diambil dan dianalisis, didapati bentuk struktur molekul ubat ini adalah berlainan daripada bentuk struktur molekul asalnya. Jelaskan mengapa.
Jawapan:
Ubat yang dimakan mungkin telah diubah suai oleh hati. Ubat yang telah diserap melalui usus kecil diangkut oleh darah ke hati. Di hati, sebarang komponen yang toksik dalam ubat dimetabolismekan dan ditukar kepada bentuk yang kurang toksik dan lebih mudah dikumuhkan melalui ginjal. Oleh itu, bentuk struktur molekul ubat yang ditelan adalah berbeza daripada yang terdapat dalam darah.

Soalan 9:
Bagaimanakah minuman yang ditambah pemanis tiruan dihasilkan dalam pasaran?
Jawapan:
Pemanis tiruan seperti ‘sakarin’, ‘aspartame’ dan ‘sucralose’ memberikan rasa manis kepada minuman tersebut tetapi hanya menyumbangkan sedikit nilai kalori. ‘Sucralose’ diperbuat daripada sukrosa yang telah diubah suai iaitu tiga daripada kumpulan hidroksil molekul sukrosa telah diganti dengan atom klorin. ‘Sucralose’ merangsang tunas rasa (manis) seperti sukrosa tetapi enzim tidak boleh mencernakannya. Oleh itu ‘sucralose’ tidak memberi sebarang nilai kalori kepada makanan. ‘Sucralose’ adalah lebih stabil berbanding dengan pemanis tiruan yang lain.