Praktis Formatif 1.1 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 1


Soalan 1:
Nyatakan satu contoh sel yang diubah suai daripada sel epidermis.

Jawapan:
Sel pengawal/ sel rambut akar

Soalan 2:
Terangkan perbezaan antara tisu parenkima, kolenkima dan sklerenkima.

Jawapan:
• Tisu parenkima merupakan sel hidup yang paling ringkas dan belum mengalami pembezaan. Tisu kolenkima terdiri daripada sel hidup dan apabila telah matang akan menjadi sel yang fleksibel. Tisu skelerenkima terdiri daripada sel-sel yang mati apabila matang.

• Tisu parenkima mempunyai dinding sel yang paling nipis. Tisu kolenkima mempunyai dinding sel yang lebih tebal berbanding dengan dinding sel parenkima. Tisu sklerenkima mempunyai dinding sel yang paling tebal antara semua tisu asas.

• Tisu parenkima terlibat dalam fotosintesis dan membantu penyimpanan kanji dan gula serta terlibat dalam pertukaran gas. Tisu kolenkima memberikan sokongan mekanikal dan sifat keanjalan kepada tumbuhan. Tisu sklerenkima memberi sokongan dan kekuatan mekanikal kepada bahagian tumbuhan yang matang.

Soalan 3:
Bagaimanakah struktur xilem dapat diadaptasikan dengan fungsinya?

Jawapan:
Xilem terbentuk daripada sel-sel mati yang tidak mengandungi sitoplasma. Xilem terdiri daripada salur xilem yang memanjang, berongga dan bersambungan antara satu dengan lain dari akar ke daun. Ini membolehkan xilem mengangkut air dan garam mineral dari akar ke semua bahagian tumbuhan.

Leave a Comment