Soalan 1:
Nyatakan pengelasan tumbuhan berdasarkan jangka hayatnya.
Jawapan:
Tumbuhan dapat dikelaskan berdasarkan jangka hayatnya, iaitu tumbuhan semusim, tumbuhan dwimusim dan tumbuhan saka.

Soalan 2:
Berdasarkan pengetahuan biologi anda, tentukan jenis tumbuhan yang dapat mengekalkan kemandiriannya dalam persekitaran yang ekstrim. Wajarkan.
Jawapan:
Tumbuhan saka. Tumbuhan ini mempunyai struktur yang dapat beradaptasi dengan persekitaran dan perubahan suhu. Kebanyakan tumbuhan ini mampu berbunga dan berbuah berkali-kali sepanjang hidupnya. Ini memastikan kemandirian spesies tumbuhan tersebut.

Soalan 3:
Secara umumnya, lengkung pertumbuhan bagi ketiga-tiga jenis tumbuhan adalah berbentuk sigmoid secara tunggal atau gabungan beberapa siri sigmoid. Mengapakah lengkung pertumbuhan tumbuhan saka terdiri daripada jujukan sigmoid yang kecil?
Jawapan:
Lengkung pertumbuhan tumbuhan saka terdiri daripada beberapa siri sigmoid. Satu siri sigmoid mewakili satu tahun pertumbuhan. Lengkung pertumbuhan dipengaruhi oleh pelbagai musim. Pada musim panas, kadar pertumbuhan adalah tinggi tetapi rendah pada musim sejuk.