Aktiviti 6.2 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 6


Aktiviti 6.2:
Tujuan
Menyedia dan memerhatikan slaid mikroskop serta memerihalkan bentuk debunga pelbagai tumbuhan menerusi mikroskop cahaya

Bahan
Anter pelbagai jenis bunga, larutan sukrosa 3%

Radas
Forseps, mikroskop cahaya, slaid kaca berlekuk, penutup kaca, penitis

Prosedur



1. Titiskan beberapa titik larutan sukrosa 3% ke atas slaid kaca berlekuk (Rajah 6.4 (a)).

2. Dengan menggunakan forseps, dapatkan beberapa debunga daripada anter yang matang.
Jatuhkan debunga ke dalam larutan sukrosa 3% (Rajah 6.4 (b)).

3. Letakkan penutup kaca di atas lekukan dan biarkan slaid selama 3 minit.

4. Perhatikan slaid di bawah mikroskop cahaya dengan kanta objektif kuasa rendah.

5. Ulangi langkah 1 hingga 4 dengan menggunakan debunga daripada tumbuhan yang berbeza.

6. Lukiskan rajah struktur debunga yang diperhatikan.

Perbincangan
1. Mengapakah aktiviti ini menggunakan
(a) slaid kaca berlekuk?
(b) larutan sukrosa 3%?

2. Berdasarkan lakaran anda, nyatakan nama tumbuhan dan ciri-ciri yang terdapat pada debunganya serta kepentingan ciri-ciri tersebut.


Jawapan:
1. (a) Menghasilkan imej debunga tiga dimensi.

1. (b) Larutan sukrosa 3% ialah larutan yang isotonik terhadap sel debunga. Larutan ini dapat mengekalkan bentuk dan saiz debunga.

2.


Leave a Comment