Aktiviti 6.6:
Tujuan
Memerhati struktur buah serta menghubungkaitkan struktur bunga dengan buah
Bahan: Buah betik, bunga betina pokok betik
Radas: Pisau tajam, kanta pembesar, dulang pembedahan
Prosedur
1. Dengan menggunakan pisau yang tajam, buat keratan membujur pada bunga betik.
2. Letakkan bunga betik yang telah dipotong di atas dulang pembedahan.
3. Dengan menggunakan kanta pembesar, kenal pasti bahagian-bahagian pada bunga betik seperti ovari, dinding ovari, ovul dan pedunkel.
4. Ulang langkah 1 hingga 3 untuk buah betik.
5. Kenal pasti bahagian-bahagian pada buah betik yang sepadan dengan bahagian dalam bunga betik.
6. Lukis keratan membujur bunga dan buah dan labelkan bahagian-bahagian seperti ovari, dinding ovari, ovul, perikarpa buah, biji benih dan pedunkel.
Perbincangan
1. Namakan struktur yang membentuk:
(a) Buah
(b) Biji benih
2. Namakan bahagian pada buah yang boleh dimakan.
Jawapan:
1. Buah – ovari,
biji benih – ovul
2. Ovari