Praktis Sumatif 6 (Soalan 1 – 5) – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 6


Soalan 1:
Stigma merembes larutan bergula yang dinamakan nektar. Apakah kepentingan larutan bergula tersebut?

Jawapan:
Merangsang percambahan debunga untuk membentuk tiub debunga.
Menjadikan stigma melekit dan membenarkan debunga melekat di atasnya.

Soalan 2:
Proses pembentukan debunga melibatkan pembahagian sel secara meiosis dan mitosis. Nyatakan kepentingan kedua-dua proses tersebut.

Jawapan:
Meiosis – Menghasilkan sel gamet yang haploid.

Mitosis – Menambah bilangan nukleus untuk berkembang membentuk debunga

Soalan 3:
Pada sesetengah spesies, petal tidak termasuk dalam struktur pembiakan bunga tetapi sangat penting bagi memastikan pembiakan berlaku. Mengapa?

Jawapan:
Warna petal dapat menarik perhatian agen pendebungaan.

Soalan 4:
Bunga X didebungakan oleh serangga. Nyatakan kedudukan anter dan stigma bunga tersebut. Jelaskan jawapan anda.

Jawapan:
Terletak di dalam petal. Memastikan serangga yang memasuki kuntum bunga untuk mencari nektar akan bersentuhan dengan debunga dan dapat memindahkannya ke stigma.

Soalan 5:
Pokok lalang menghasilkan bunga yang pudar tanpa nektar. Bagaimanapun, tumbuhan ini sangat mudah untuk membiak. Terangkan.

Jawapan:
Mempunyai debunga yang sangat banyak dan ringan. Ciri ini memudahkan debunga disebarkan oleh angin sebagai agen pendebungaan.

Leave a Comment