Praktis Sumatif 6 (Soalan 6 – 9) – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 6


Soalan 6:
Encik Suresh seorang pekebun sayur yang mengusahakan tanaman kacang panjang. Encik Suresh sering membiarkan buah daripada beberapa pokok menjadi matang dan mengeringkannya untuk dijadikan biji benih. Cadangkan satu cara menyimpan biji benih tersebut supaya tahan lama.

Jawapan:
Disimpan di dalam bekas kedap udara dan tiada air. Biji benih tidak dapat bercambah tanpa udara dan air. Biji benih akan tahan lama.

Soalan 7:
Sebatang pokok telah mengeluarkan dua kuntum bunga. Walau bagaimanapun, pokok tersebut telah diserang oleh sejenis kulat yang merosakkan struktur stigmanya. Hal ini telah mengganggu pembahagian nukleus penjana di dalam stil. Pada pendapat anda, adakah pokok ini dapat menghasilkan buah dan biji benih? Jelaskan.

Jawapan:
Tidak. Tidak berlaku percambahan debunga di atas stigma; tiada pembentukan tiub debunga.

Soalan 8:
Rajah 1 menunjukkan perbualan antara Salina dan Liza.


Adakah anda menyokong pendapat Salina atau Liza? Jelaskan.
RRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR
Jawapan:
Liza. Pokok konifer/gimnosperma tidak berbunga tetapi mempunyai biji benih yang dihasilkan oleh kon biji benih.

Soalan 9:
Encik Samad telah mengusahakan tanaman strawberi di kawasan tanah rendah. Bagi memastikan tanamannya hidup subur, beliau melakukan penanaman dalam rumah kaca supaya suhu dapat diturunkan daripada 25 o C ke 18 o C. Malangnya, pokok-pokok strawberinya mengeluarkan buah yang sedikit. Menurut seorang pegawai pertanian yang datang melawat, proses pendebungaan oleh serangga sangat kurang berlaku di dalam rumah kaca tersebut. Apakah cadangan yang boleh diberikan kepada Encik Samad untuk mengatasi masalah tersebut?

Jawapan:
Membiakkan serangga rama-rama dan kumbang sebagai agen pendebungaan di dalam rumah hijau tersebut. Peluang untuk berlakunya pendebungaan lebih tinggi dan pembentukan buah boleh berlaku dengan lebih banyak.

Leave a Comment