Praktis Formatif 15.4 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 15


Soalan 1:
Terangkan proses perkembangan awal embrio.

Jawapan:
Proses perkembangan awal embrio
• Zigot membahagi berulang kali secara mitosis.
• Zigot membentuk satu bebola sel pejal yang disebut morula.
• Morula membentuk satu sfera berongga yang dikenali sebagai blastosista.
• Blastosista kemudian berkembang menjadi embrio.

Soalan 2:
Apakah fungsi utama hormon HCG?

Jawapan:
Fungsi utama HCG ialah untuk memastikan korpus luteum terus berfungsi, iaitu menghasilkan estrogen dan progesteron di peringkat awal kehamilan.

Soalan 3:
Jelaskan fungsi plasenta.

Jawapan:
Plasenta berfungsi sebagai organ endokrin yang merembes progesteron dan estrogen. Plasenta juga merupakan tapak pertukaran bahan antara fetus dan ibu.

Soalan 4:
Nyatakan kemungkinan yang akan berlaku sekiranya terdapat percampuran darah fetus dan darah ibu.

Jawapan:
Plasenta terbentuk daripada tisu endometrium ibu dan tisu embrio yang membolehkan pertukaran bahan berlaku secara resapan melaluinya.
Sekiranya terdapat percampuran darah fetus dan darah ibu, mungkin berlaku penggumpalan darah jika kumpulan darah ibu berlainan daripada kumpulan darah fetus.

Leave a Comment