Soalan 1:
Huraikan cara mengukur pertumbuhan haiwan.
Jawapan:
Pertumbuhan haiwan boleh diukur dengan mengukur perubahan saiz, isi padu, jisim kering atau jisim segar.

Soalan 2:
Jelaskan perbezaan antara metamorfosis lengkap dengan metamorfosis tidak lengkap.
Jawapan:
Dalam metamorfosis lengkap, organisma mengalami empat peringkat pertumbuhan iaitu telur, larva, pupa dan dewasa. Dalam metamorfosis tidak lengkap, organisma mengalami beberapa peringkat ekdisis sebelum menjadi dewasa.

Soalan 3:
Jelaskan peristiwa yang berlaku semasa fasa pertumbuhan pesat.
Jawapan:
• Kadar pertumbuhan paling cepat.
• Pembahagian sel dan pemanjangan sel berlaku dengan aktif.
• Saiz organisma bertambah dengan cepat.

Soalan 4:
Mengapakah serangga perlu menjalani proses ekdisis?
Jawapan:
Serangga perlu menjalani ekdisis iaitu penyalinan rangka luar untuk membolehkan pertumbuhan dan perkembangan berlaku.