Praktis Formatif 10.2 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 10


Soalan 1:
Apakah fungsi injap bikuspid?

Jawapan:
Injap bikuspid berfungsi menghalang pengaliran balik darah ke atrium kiri apabila ventrikel kiri mengecut.

Soalan 2:
Terangkan mengapa sesetengah individu yang menderma darah berasa mual dan pitam sebaik sahaja menderma darah?
Mengapakah sesetengah penderma darah perlu mengambil pil ferum?

Jawapan:
Selepas menderma darah, darah yang berkurangan dalam badan terutamanya di bahagian otak boleh menyebabkan seseorang berasa mual dan pitam.
Penderma diberi pil ferum kerana ferum diperlukan untuk membina hemoglobin.

Soalan 3:
Nyatakan dua perbezaan antara struktur eritrosit dengan leukosit.

Jawapan:
Sel eritrosit berbentuk dwicekung dan tidak mempunyai nukleus, manakala sel leukosit mempunyai bentuk yang tidak tetap dan mempunyai nukleus.

Soalan 4:
Terangkan mengapa ventrikel kiri mempunyai dinding berotot yang lebih tebal daripada ventrikel kanan.

Jawapan:
Ventrikel kiri perlu mengepam darah ke seluruh badan melalui aorta. Dinding berotot yang lebih tebal menghasilkan daya pengecutan yang lebih kuat.

Leave a Comment