Soalan 1:
Namakan perentak jantung yang utama.
Jawapan:
Nodus sinoatrium
Namakan perentak jantung yang utama.
Jawapan:
Nodus sinoatrium
Soalan 2:
Apakah yang dimaksudkan dengan istilah miogenik?
Jawapan:
Miogenik bermaksud jantung mengecut dan mengendur tanpa perlu menerima isyarat impuls daripada sistem saraf.

Soalan 3:
Terangkan mengapa seseorang yang berdiri tegak terlalu lama mungkin akan pengsan.
Jawapan:
Pengaliran darah kembali ke jantung memerlukan bantuan pengecutan otot rangka di sekeliling vena.
Sekiranya seseorang berdiri terlalu lama, darah kurang mengalir ke otak, maka kurang oksigen dan glukosa dibawa ke otak. Ini menyebabkan individu tersebut pengsan.

Soalan 4:
Dalam keadaan apakah, jari-jari boleh berubah menjadi pucat?
Jawapan:
Apabila aliran darah disekat daripada mengalir ke hujung jari atau apabila salur darah mengecut kerana kesejukan.