Aktiviti 4.1 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 4


Aktiviti 4.1:
Tujuan
Memerhati struktur xilem di dalam keratan membujur batang saderi

Bahan: Batang saderi, pewarna merah, air suling

Radas: Bikar 250 ml, pisau tajam, penutup kaca, slaid kaca, mikroskop cahaya, penitis

Prosedur
1. Isikan 150 ml air suling ke dalam bikar 250 ml dan titiskan sebanyak 5 titis pewarna merah. Kacau sehingga warna larutan menjadi sekata.



2. Rendam batang saderi ke dalam bikar tersebut dan biarkan selama satu jam (Rajah 4.4).

3. Selepas satu jam, bilas pewarna pada batang saderi dengan menggunakan air suling.

4. Hiris satu lapisan nipis batang saderi secara melintang.

5. Letakkan di atas slaid kaca yang telah dititiskan dengan setitik air suling.

6. Tutup dengan penutup kaca dan perhatikannya di bawah mikroskop cahaya dimulai dengan kuasa kanta objektif rendah dan diikuti dengan kuasa kanta objektif tinggi.

7. Lakarkan rajah yang menunjukkan taburan pewarna di dalam batang saderi.

Perbincangan
1. Namakan tisu yang telah diwarnakan.

2. Bagaimanakah tumbuhan herba yang tidak mempunyai tisu berkayu mendapat sokongan daripada tisu xilem? Terangkan.


Jawapan:
1. Tisu xilem

2. Dinding sel tisu xilem mempunyai lapisan lignin yang tebal dan tidak sekata untuk memberikan kekuatan supaya tisu xilem tidak ranap oleh daya tegangan dan perubahan tekanan yang terhasil apabila air bergerak melaluinya.

Leave a Comment