Aktiviti 4.2 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 4


Aktiviti 4.2:
Tujuan
Menghasilkan bunga aneka warna dengan mengaplikasikan konsep pengangkutan air dalam xilem dan memasarkan produk tersebut di sekolah

Bahan
Bunga ros segar berwarna putih, pewarna pakaian berwarna merah, kuning, hijau dan biru

Radas
Pisau, silinder penyukat 50 ml


Prosedur
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.

2. Hasilkan bunga aneka warna dengan mengaplikasikan konsep pengangkutan air dalam xilem. Anda boleh menggunakan bahan dan radas seperti di atas.

3. Pasarkan produk kumpulan anda di sekolah (Gambar foto 4.6).


Perbincangan
1. Mengapakah bunga ros yang berwarna putih digunakan?

2. Nyatakan tisu vaskular yang terlibat dalam pewarnaan bunga.

3. Bunga aneka warna ini akan layu lebih cepat berbanding dengan bunga yang asal jika dibiarkan di dalam pasu berisi air. Mengapa?


Jawapan:
1. Perubahan warna petal bunga akan lebih jelas dan mudah diperhatikan.

2. Tisu xilem.

3. Molekul pigmen pewarna pakaian kebanyakannya bertoksik dan terlalu besar untuk bergerak di sepanjang salur xilem. Pengangkutan air di dalam tisu xilem menjadi kurang cekap

Leave a Comment